Majlis Penyampaian Sijil UPKK SK Kg Chengal

7 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Januari yang lalu telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Sijil UPKK SK Kg Chengal. Program ini diadakan sempena meraikan para murid-murid yang telah berjaya mendapatkan 8A dalam ujian UPKK mereka pada tahun 2018 . Program ini berlangsung di Dewan Sk Kg Chengal dan melibatkan semua murid-murid dan kakitangan sekolah tersebut. Antara acara-acara yang dijalankan sepanjang majlis berlangsung ialah majlis perasmian daripada Tuan Guru Besar, Encik Mohd Zu Bin Yunus serta taklimat ringkas daripada guru lain yang ditugaskan. Selepas itu, acara penyampaian sijil tamat persekolahan kepada murid-murid prasekolah serta sijil kecermerlangan murid-murid yang cemerlang dalam sesi persekolahan mereka.

Dengan adanya program seperti ini, kami bagi pihak Pusat Internet dapat mempromosikan dan memberi maklumat tentang kebaikan dan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet Kg Chengal. Program ini juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara para pelajar, guru-guru Sk Kg Chengal dan staf Pusat Internet.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas